TASEK GELUGOR: Kementerian Pertahan Malaysia telah bersetuju
pada dasarnya untuk pembangunan Pengkalan
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth menjadi pusat komersial dan
Pengkalan TUDM itu akan dipindahkan ke Ara Kuda tanah milik Perda.
Tanah seluas 407
hektar itu akan dibangunkan melalui syarikat usahasama (JVC) antara TSR
Capital Bhd. (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus)
dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd. (19 peratus).
Menurut Akaun Kumpulan Kewangan TSR Ng Kim Keong , pembangunan yang dicadangkan akan berlanjutan
untuk sedekad, dibahagikan kepada enam fasa yang bernilai RM500 milion setiap
satu.

Sekiranya projek ini menjadi reality ianya akan memberikan
implikasi besar kepada keselamatan dan
pastinya menimbulkan kesan terlalu buruk
disegi geo politik melayu di Pulau Pinang di masa depan. Kawasan sekeliling projek tersebut akan mendapat bahang
pembangunan dan mereka akan menjual tanah secara sukarela atau
dipaksa untuk memberi laluan kepada projek yang mencecah berbilion ringgit itu.
“ Kita sedih dan kecewa dengan pendirian Kementerian
Pertahanan yang memberikan kelulusan itu sedangkan pemimpin tempatan di sini
tidak dimaklumkan mengenai cadangan dan kajian impak kepada ekonomi, sosial dan
politik”. Kata Datuk Shabudin Yahya, Ketua
UMNO Bahagian Tasek Gelugor.
Persoalan yang timbul, megapa begitu mudah Kementerian
Pertahannan yang menterinya sudah pasti melayu memberikan kelulusan projek
seumpama ini yang akan menghancurkan geo politik melayu Pulau Pianng yang
memang dah tenat sekarang ini? Disamping
itu mengapata LTAT sanggup bersongkolkol
dengan projek ini. Malah difahamkan beberapa bekas pemimpin dan pemimpin melayu Pulau Pinang berada
dibelakang projek ini. Mengapa semua ini
terjadi?
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Nukilan: Tun Abdullah Ahmad Badawi 2004

Sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941
apabila Tentera Udara Diraja British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan
pesawat. Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kemudian menggunakan pangkalan
pembaikan ini sebagai penempatan pesawat peninjau menggunakan pesawat Brewster
Buffalo.
Pada 7 Disember 1941, pangkalan ini digunakan oleh pasukan
Berikat untuk menempatkan pesawat pengebom Blenheim milik RAF dan pesawat
Brewster Buffalo milik RAAF. Dua hari kemudian, 9 Disember 1941 pangkalan ini
diserang oleh pesawat udara Jepun. Kesemua pesawat pengebom jenis Bleinheim
musnah. Pangkalan udara Butterworth sendiri rosak teruk. Beberapa pesawat
Brewster Buffalo dapat berlepas untuk memberikan tentangan tetapi tidak dapat
bersaing dengan keupayaan pesawat juang jenis Mitsubishi Zero. Selepas ditawan
Jepun, sebuah landasan dibina di arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara
Jepun. Landasan ini masih ada sekarang dan digunakan untuk memarkir kapal
terbang.
Setelah Jepun menyerah diri, pangkalan Butterworth kembali
digunakan oleh Tentera Udara Diraja British untuk mengisi minyak pesawat untuk
perjalanan Singapura ke Sri Lanka. Semasa darurat, pangkalan udara Butterworth
digunakan oleh 33 Skuadron RAF (dilengkapkan dengan Hawker Tempest) untuk
menjalankan misi pengeboman dan serangan roket ke atas kubu dan kedudukan
pengganas komunis. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955. Pesawat pengebom
jenis Avro Lincoln milik RAAF juga ditempatkan di Butterworth bagi menjalankan
misi pengeboman.
Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara
Diraja Malaysia pada 31 Mac 1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley, 1955.
Oleh kerana TUDM masih belum mempunyai keupayaan tempur, RAAF masih diberikan
tanggungjawab untuk memberikan perlindungan pertahanan udara. Oleh itu, 2 buah
skuadron Mirage III RAAF ditempatkan di Butterworth.
No comments:
Post a Comment